Jul 9, 2013

original vs spicy

bismillahrirrohmanirrohim




personally aku bukan la peminat atau kipas susah mati ayam ori kfc
aku lg suke spicy
sebab ori rase cam xbes n biasa sangat
dalam hal dunia kita mmg akan suka kepada yg baru
sebab ia lebih memenuhi selera kita
tp benda ni x sama macam agama
dalam agama original is always da bes


jadi apa beza ori n spicy dalam agama ni
yg jelas aku nampak adalah perbezaan asas fiqh dalam ibadah yg d pegang
golongan ori berpegang dengan asal ibadah adalah haram kecuali ada dalil yg memerintahkan atau contoh dari nabi
spicy pula berpegang dengan asal ibadah itu harus sehingga ada dalil yg melarang nya
dari asas fiqh itu ia akan membeza kn cara berfikir n memilih hukum bagi seseorang
kita amek satu contoh
zikir beramai2 selepas solat
geng ori mengatakan ia haram
imam boleh menguatkan bacaan zikir nya hanya utk mengajar makmum berzikir sahaja
jika makmum telah pandai berzikir maka ia perlu d hentikan
mereka berpegang pada amalan nabi
nabi mengeras kn bacaan zikir nya utk mengajar para sahabat berzikir
setelah sahabat tau bagaimana hendak berzikir, nabi tidak lagi berzikir dengan kuat
geng spicy pula berpendapat
boleh berzikir beramai2 setelah usai solat
kerana tiada dalil yg melarang nya
beliau membawakan dalil dari kata2 ulamak yg mengharuskan amalan tersebut
tapi tidak membawa dalil dari nabi
kerana nabi tidak pernah melarang zikir beramai2
tp nabi pernah melarang sahabat zikir kuat selepas solat



skang ni popular pula dengan amalan zikir sambil menari2
pengamal zikir ini berpegang dengan ayat quran yg menyebut kn
'ingatlah allah dalam keadaan berdiri baring atau duduk'
tiada d nyatakan langsung contoh dari nabi melakukan perkara tersebut
geng ori mengatakan haram utk zikir sambil menari2
ia tidak d contohkan oleh nabi dan para sahabat
dan ia menyerupai tatacara ibadah kaum kafir
geng spicy ada juga yg mengatakan ia haram
walaupun tidak membawa rujukan dari hadith nabi
jadi persoalan nya
mengapa golongan spicy mengharam kn walaupun tiada satu hadith pn yg melarang nya secara khusus
mereka berpegang pada fiqh asal ibadah itu harus selagi tiada yg melarangnya
jadi mereka sepatut nya mengatakan ia harus
bukan haram



saya tidak merendah2 kn golongan spicy
mereka2 ni tinggi ilmu nya
tp pegangan asas fiqh nya sangat batil
jadi mereka cenderung memberi atau membawa fatwa yg batil
jika menunggu larangan baru perlu d tinggal kn
jadi boleh lah solat subuh 12 rakaat
kerana tiada dalil yg mengharam kn
boleh lah solat tarawih berjemaah d bulan syawal
kerana tiada dalil yg mengharam kn



kita balik pada zaman nabi
pada awal dakwah
allah memerintah kn nabi menyeru kepada tauhid
jadi nabi menyeru kepada tauhid
bila turun perintah solat
nabi pn ajarkan dan perintah kn sahabat2 bersolat
semua perintah atau contoh ibadah yg d tunjukkan itu setelah turun perintah dari allah
jadi bagaimana kita boleh ckp asal ibadah itu harus sehingga ada yg melarang nya
kerana tidak d contohi oleh nabi mengada2 kn tatacara ibadah sendiri tanpa d perintah kn allah




kadang pelik melihat masyarakat yg berkeras dengan tatacara ibadah yg tiada contoh dari nabi
sangat sensitif dengan perkataan bidaah
lebih selamat memilih sunnah
beramal dengan sunnah yg sket lebih baik dari beramal dengan bidaah yg banyak
nape lak?
sebab sunnah itu jelas dari nabi
jelas ia akan d terima allah
bidaah ini benda baru
xde sape yg boleh jamin ia akan d terima allah
sebab xde sape yg terima wahyu selepas kewafatan nabi
dalam ibadah
perlu ada perintah khusus baru la amalkan
bukan amek perintah umum dan modified sehingga sesuai d mata kita
tgk balik macam mana agama kritian rosak
bagaimana agama kaum yahudi rosak
mereka menambah2 hingga hilang ketulinan dalam agama mereka
jadi
jaga la ketulinan agama dengan hanya memilih sunnah



hiasan dalam bidaah ni sangat2 menggoda
mereka tambah2 amalan dengan pengisian yg baik
lepas tu d tambah pula dengan fadhilat2 yg baik
di tabur pula oleh golongan yg tebal serban nya
jadi mmg susah nk d tolak
tp
ia tetap perlu d tolak


setinggi mana pn ilmu seseorang
jika dasar nya goyang
maka keseluruhan fatwa nya akan goyang
akar yg kuat akan membantu pokok utk tumbuh tinggi

No comments:

Post a Comment