Oct 8, 2013

membuka aib

bismillahirrohmanirrohim




aib adalah sesuatu yang buruk atau jelek tentang seseorang
ia juga adalah sesuatu yang boleh memalukan seseorang
sy tertarik dengan status ustaz abd rahman tadi
beliau d tanya tentang isu membuka aib seseorang
ni jawapan dari beliau
Apabila seseorang merakam sendiri tentang dirinya atau membiarkan apa jua rakaman tentang dirinya disiarkan di internet maka dengan sendirinya dia redha dengan penyiaran tersebut justru orang yg menyebarkan video tidak termasuk dalam hukum mendedahkan aib orang.
Melainkan rakaman dibuat tanpa pengetahuannya dan tidak redha dengan penyiaran tersebut barulah dikira sebagai menyebarkan aib orang lain.




memberitahu keburukan seseorang yang jelas terpampang secara fizikal
atau d media sosial
ia bukan termasuk membuka aib seseorang
kerana die sendiri yang membuka aib nya sendiri
jika seorang itu dulunya jahat
tapi sekarang sudah baik dan tinggal d tempat baru
maka kesalahannya dahulu itu adalah aibnya yang tersimpan
maka tidak wajar d buka
jika ia memang sudah terbuka jelas
maka menyebarkan nya bukanlah termasuk membuka aib
tp ia boleh jadi menyebarkan perkara munkar
sperti share gambar seseorang tanpa menutup aurat yang lengkap




saya selalu nampak d page sukanstar
admin page troll gambar2 atau video orang yang wat benda pelik2
lepas tu tuan pnye video datang dan marah2
tuduh admin buka aib die
persoalannya
jika itu adalah perkara yang memalukan bila tersebar
mengapa d letakkan d fb
kadang2 kita sendiri membuka aib kita
lepas tu kita salah kan orang lain buka aib kita
pada hal
kita lah si celaka yang membuka aib kita sendiri selepas allah menutupnya utk kita
sebagaimana d sebutkan d dalam hadith nabi




ada yang kata bila menyebarkan keburukan orang yang memang da terdedah ni sebagai mengumpat
pada pendapat saya
jika ia memang sesuatu yang umum dan d ketahui orang
maka ia bukan mengumpat
ia hanya  menyebarkan
tetapi
jika dengan terang2 mengutuk seseorang berterusan dengan memberitahu identiti nya
maka ia boleh jadi mengumpat
jika identiti nya tidak d buka
maka ia bukan mengumpat



bila kita dakwa orang sebarkan aib kita
kita dahulu perlu tutup aib kita biar x d ketahui
bukan berterusan membukanya
dan marah bila orang sebarkannya


hadith pertama

bismillahirrohmanirrohim




"setiap amal d mulai dengan niat"
hadith adalah hadith pertama utk byk kitab hadith
antaranya hadith 40 imam nawawi
ramai orang xtau yang hadith ni panjang sebenarnya
ia mengisahkan tentang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita


” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



hadith ni mengajar kita bahawa amalan perlu di niatkan kerana allah taala
untuk mendapat balasan allah taala
untuk mendapat keredhaan allah taala
contoh
jika kita solat untuk dapat pujian manusia
maka pujian manusia sahajalah yang akan kita dapat
dalam riwayat lain ada d sebutkan
mafhumnya
jika beramal kerana manusia,kelak d akhirat tuntutlah pahala dari mereka



jika kita lihat pada zahir hadith
nabi menegur seorang lelaki yang berhijrah kerana seorang wanita
maka apa yang dia dapat adalah wanita tersebut
perkara ni banyak berlaku sekarang
seorang lelaki berubah kerana seorang wanita
kerana ingin mengahwini wanita itu
adalak perempuan yang berubah hanya utk mendapat lelaki yang die suka
maka hijrahnya itu bukan kerana allah
hijrah mereka kerana manusia
kelak tuntutlah ganjaran pada manusia tersebut




dalam dunia percintaan
apabila A menegur kesilapan pasangannya
pasangannya mudah untuk menerima
kerana cinta yang dalam
sama kes dengan sahabat2 nabi
sahabat2 sangat mencintai nabi
jadi apabila nabi tegur atau anjurkan sesuatu
maka sahabat akan mudah ikot
kerana kecintaan yang tinggi kepada nabi



jadi apa bezanya antara 2 situasi ni
beza nya adalah kata2 nabi adalah agama
mengikuti perintah nabi adalah d tuntut
mengikuti gf/bf x d tuntut



bagaimana hendak mengelakkan situasi ni
nukilkan quran atau hadith dalam didikan atau teguran
dari berkata
"sayang pakailah tudung untuk abang"
tukarlah kepada
"tutup aurat itu wajib"
jangan buat pasangan kita berubah kerana kita
tapi biarlah ia berubah sebab teguran kita
jangan berubah hanya kerana mahukan jodoh yang baik
tapi berubah lah hanya kerana allah




satu masa dulu kawan sy penah post status yang panas
sekolah x boleh wajibkan pemakaian tudung d sekolah
personally sy stuju dengan statement tu
jangan ajar budak2 bertudung sebab sekolah suruh
nanti lepas sekolah pasti dia akan tinggal kn tudungnya
tapi bg lah kesedaran tentang aurat padanya
nanti dia akan kekal bertudung
jika kita buat sesuatu kerana seseorang
kerana institusi
sebab kita itu tidak kekal
jika sebab kita tetiba d musnah kan allah
kita da xde sebab utk buat lg perkara tu
beramallah kerana allah
kerana allah lah yang kekal selamanya
sebab yang tidak akan hilang



puncak everest

bismillahirrohmanirrohim




penah x korang d tegur oleh someone
x kesahlah secara umum atau khusus
xkesahlah atas isu ape pn
apa reaksi korang?
terima
wat dek je
marah balik orang tu
buat muka x puas ati pastu bla
aku xtau korang nye reaksi cemane
tapi aku penah buat semua d atas
terima tu bila yg tegur tu bos o tok guru o orang2 yang aku hormat sangat



penah x korang menegur salah orang?
ape reaksi dorang lak?
terima
wat dek je
marah balik orang tubuat muka x puas ati pastu bla
ape korang rasa bila die wat reaksi macam tu?
selalunya manusia akan suka bile orang orang terima teguran die
n marah bila orang x terima
biasa la manusia



nabi pesan
terima teguran dari sesiapa pn
ini d amalkan oleh sahabat2
umar terima teguran dari seorang wanita biasa
walaupun die seorang khalifah yang hebat
kita yang xde sumbang pape ni tetibe keras kepala xnak terima teguran



ingkarnya iblis kerana ego
terlalu berbangga dengan asal ciptaan nya
adakah kita mengikuti jejak langkah iblis???



buang ego ni susah
tp ia x mustahil
yang penting muka ada banyak senyum
kalo muka asek masam je
memang susah nk jatuhkan ego tu
nape aku selalu suruh senyum
sebab ada benda yang kita kne buat dulu baru rasa effect nya
senyum je
nanti kita rasa positive je



ada orang bg alasan cara tegur tu x betol
die tegur kasar sangat
die tegur open sangat
n macam2 la
x d nafikan 
cara tegur yang salah boleh buat orang xnk terima teguran
tapi
pernahkah kita fikirkan
kalo orang yang kita syg atau hormat tegur dengan cara yang sama
adakah kita terima
atau bagi alasan yang sama
manusia memang terkenal dengan suka beralasan
kalo ego kita tebal cam wall of china
tegur lembut pn kita x terima gak
adakah alasan cara teguran tu valid depan allah
kalo allah tanya nape still wat benda yang salah
kita nak jawap ape?
sebab die tegur kasar sangat ke?
orang yang salah cara tegur ada bahagian die d sana
yang d tegur tapi masih nak beralasan juga ada bahagiannya
ingat
apabila seruan tu da smpai
kita da xde ape alasan lagi depan allah



dulu aku sangat2 ego
aku rasa aku je betul
bila orang yg bukan dari manhaj yg sama tegur aku
kompem aku wat dek je
rasa cam aku kt puncak everest
xde yg leh capai aku
hang dok kt kinabalu je
mane leh tegur aku yg dok everest
ego kental beb
bila kawan semanhaj tegur lak
mesti kne cara nya
kalo kasar aku xnak dengar
kompem melawan punye
ada satu masa tu
aku kne tegur ngn ust emran pasal satu isu
die nye tegur xde lembut beb
die baru tulis
aku baca je pn rasa cam nk nanges
kasar cam kertas pasir
terus x terkata ape beb
die nye teguran tu still berbekas kt hati aku ni
start dari tu la aku mula turun pelan2 dari everest
aku mula pecah kn ego aku yg setebal wall of china tu




memerhatikan manusia ni bagus
dapat mengajar kita macam2
dapat kenal diri kita ngn lebih bak
dapat tau bertapa buruknya perangai kita dengan tengok orang lain
dapat tau bertapa tinggi nya ego kita bila tengok orang lain
semua manusia mmg ada ego dalam hati nya
tapi
ia boleh d kawal
jangan contohi iblis yg kalah dengan keegoannya
contohi sahabat2 yang di didik oleh nabi
bertapa rendahnya ego dorang di hadapan kebenaran





*****
my anak sedara da reti pegang botol susu sendiri da skang
pastu da kuat membebel da
very nice

biarkan bas berlalu pergi

bismillahirrohmanirrohim




tadi nampak membe share pasal kursus rekreasi
da bertahun2 aku simpan hajat nak pergi kursus ni
n banyak taun jugak la aku terpaksa lepaskan
kursus2 yang berkaitan rekreasi ni selalunya simple
dtg bawak badan n baju sket je
semua sponsored oleh KBS
tapi yang ni spesel sket
cost nye besar




dari awal2 dulu
aku kalo g kursus aku akan keluar duit sendiri
maksud aku cost nk pergi la
bukan yuran
ada sekali tu je aku kne mintak tolong bos anta
sebab papa kedana tahap melampau
masa balik dari kursus tu singgah pasar payang
bdk2 ni g shoping ramai2
aku nk bli air pn xde duit




yang sedey nye
d kala aku cube survive ngn xde duit masa kursus
sorang kawan aku ni d hantar pergi kursus
lepas tu bos siap bg duit belanja lagi kt sana
die dapat abes kan kursus
tapi 
die x setel kn log book
so die juz ada sijil penyertaan je
bos banyak kali bebel kt aku
"bodo si XXXXX ni,aku abes banyak duit anta die g kursus tapi die x setelkan buku log"
aku denga pn hangen gak
bos ni bukan org kaya
die pakai personal money kot
sebab company mane ada duit
dengan sijil tu
leh la dapat projek yang ok sket
tp sayang
die x pk camtu




aku x sanggup nak wat bos camtu
so aku tolak g kursus tu byk kali
skang bila da x keje ngn bos lg
aku still teringin nk pg
juz utk tengok keras mana ketahanan mental aku
tp cost nye terlalu mahal




ada baik nya aku biar bas ni terus jalan
dari aku naik pastu suruh bos bayarkan
pastu aku bla macam xde hutang pape pn




****
da kne cari minat yang cost nye kecik sket la pasni

hey batman ko da ada calon???

bismillahirrohamnirrohim




dalam minggu lepas rasanya
sorang kawan yang teruk kritik aku masa zaman awal2 aku belajar dulu contact aku
die tanya ape aku buat sekang
kat mane sekang
pastu tetibe die tanya
ko bila nk kawen?
da ada calon ke?
cam bese la
aku bg jawapan artis kt die
pastu aku tanya die lak
ko x nk kawen ke?
ramai kot mmbe2 yang diam2 pastu tetibe kawen
die cakap calon xde
pastu susah nk cari calon baik
die tanye aku lagi da ada calon x
aku bg lagi jawapan artis
aduhai
bila aku x bg jawapan tu cuba la faham
"aku x suka jawap soalan tu"




ada sebahagian kawan semanhaj yang suruh kawen awal
dorang bg alasan macam2
antara nya
perkahwinan menyempurnakan agama
dapat bg personal class pada bini
ada yang berpendapat bia kawen lewat
antara alasan nya
nak abeskan study kitab hadith dulu
nak fokus pada dakwah dulu
kita boleh bagi macam2 alasan
kita boleh bagi macam2 cadangan
yang pastinya jodoh tu ketetapan allah



Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

(an-Nur':26)
statement ni antara yang menakutkan aku sampai skang
satu lagi yang ni
Orang laki-laki pezina, yang dinikahinya ialah perempuan pezina pula atau perempuan musyrik. Perempuan pezina jodohnya ialah laki-laki pezina pula atau laki-laki musyrik , dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman.
(an-Nur':3)



apa yang aku faham dari 2 ayat kt atas ni adalah
jodoh kita adalah berdasarkan macam mana diri kita
kita x d uji melebihi kemampuan kita
kalo calon2 yang ada d keliling kita jenis yang nakal
x jaga aurat
enjoy je selalu
jangan salahkan die
tengok pada diri sendiri
kalo kita ni jenis yang enjoy je selalu
x jaga batas pergaulan
aurat ke longkang
tengoklah cemane calon kita nanti
pusing2 benda ni kembali pada 2 ayat kt atas ni



kak hafizah tagged status die kt aku
die bagi pesanan yang cukup dalam
Hidup ini ada matlamat iaitu untuk mengumpul bekalan menuju hari akhirat. Lelaki perlu berjihad, dakwah, cari nafkah, menuntut ilmu dan menunaikan pelbagai tanggungjawab. Jadi jangan pikul biawak hidup dengan menikahi wanita yang mahu dilayan bagaikan ratu tetapi carilah muslimah yang sedia berkhidmat dan boleh membantu suami
ada ke perempuan macam ni kt malaysia
laki balik lewat sket da tanya macam2
keluar ngn kawan malam2 je da mula syak bukan2
pesanan dia simple je
tapi perlaksanaan nye berat



ammar sinaga share status yang mantap gak
Kata-kata Syeikh Mustafa Masyhur kepada bakal isterinya, "Aku ingin menikahimu tetapi haruslah engkau sedia maklum bahawa aku telah berkahwin."
Perempuan itu tersentak lalu bertanya siapakah isterinya. Mustafa Masyhur bingkas menjawab, "Bakal madumu adalah PERJUANGAN."





berapa ramai perempuan yang sanggup d tinggal2 kn
yang sanggup berkongsi kasih dengan madu2 dan dengan perjuangan
dan berapa ramai pulak yang sanggup berjuang lepas da kahwin
membe2 slalu gurau dulu
"abeslah ko lepas kahwin,kompem kaki kne rantai je nanti"
ada lak yang cakap
"ko pas kawen nanti kompem x nak lepak lagi,da sedap kt umah,wat pe nk keluar"
2 situasi
bini x kasi keluar
laki tu sendiri yang x nak keluar
dua2 ni menakutkan
tinggalkan beramal sebab bini tu da syirik da
xnk berdakwah sebab takot bini tu lagi besar pnye syirik
cikgu selalu pesan
jangan letakkan allah d tempat ke2
mesti 1st
n always 1st




majlis perkahwinan sekarang ni lagi menakutkan
macam2 benda d tambah
ada yang kata xpe
ada yang kata tasyabbuh
ada lak yg kata syirik
apa macam kawan
mau ikot agama ka mau ikot cinta hati
aku penah sebut dekat kawan2 dulu
peperangan paling besar utk seorang salafi adalah kematian dan perkahwinan
dua2 banyak amalan bukan2
dua2 melibatkan orang ramai
dua2 melibatkan emosi
emosi dan aqal kalo da lekat
memang kacau la nanti
judgement kompem x cantik
jadi bila masanya tiba
adakah boleh kita stick pada quran n sunnah?
atau kita hanyut dengan dunia emosi kita



jadi
aku memandang perkahwinan satu benda yang sangat besar
bukan diri yang perlu memilih jodoh
tapi akhlak dan perangai yang akan mengundang jodoh
buruk perangai kita
buruklah perangai calon kita
kadang2 ada yang nakal teruk n history pn menakutkan tapi calon die baik
ada 2 kemungkinan
1
die bukan jodoh ko
die juz singgah jap utk teruskan perjalanan
2
die pn hebat cover line macam ko
die pn kuat menipu cam ko
dulu aku cheat on my gf
then she cheat on me back
no hard feeling
quran da bg tau awal da
so chill la
calon2 zaman nakal semua nakal2
firman allah itu pasti



byk hikmah nya bila masa n siapa jodoh kita d rahsia kn
kalo kita tau
mgkn kita hanya akan berubah bila kita tau jodoh kita da dekat
bila kita xtau
kita akan berusaha utk jadi lebih baik
dengan harapan
kita akan dapat yang terbaik
bukan yang berilmu
tapi yang beragama
ada beza ke?
banyak beza nya
ilmu adalah sebagian dari agama
dalam agama ada akhlak yang belum tentu ada dalam orang yang berilmu
jadi
jadilah manusia yang beragama
insyaAllah kita akan dapat yang beragama



so
da ada calon ke belum?
cam biasalah
jawapan artis
no komen

Oct 7, 2013

carilah ilmu

bismillahrirrohmanirrohim




ape perasaan korang kalo tetibe syiah datang kat korang
pastu dorang hina sahabat nabi
dorang cakap sahabat2 nabi giler kuasa n etc



apa perasaan korang kalo non muslim datang kt korang
pastu dorang hina pasal hudud
perlaksanaan nya d katakan zalim dan x adil



apa perasaan korang kalo non muslim datang kt korang
pastu dorang cakap islam ni agama yg zalim
menggalakkan peperangan


semua orang mesti marah
tapi ape yang kita semua mampu buat
datang n tumbuk muka dia ke?
mgkin itu dapat memuaskan hati kita
tapi tumbukan tu x menyelesaikan masalah
ia akan mengeruhkan lagi keadaan



islam mengajar kita supaya menyebarkan kebenaran tentang islam
tapi apa yang kita mampu buat tanpa ilmu
kita x mampu berhujah tanpa ilmu
aku penah jumpe orang yang berhujah tanpa ilmu dengan golongan anti hadith
dia pakai emosi je
lebih kepada menghina dari berhujah
perbuatan die membuatkan kita nampak lebih hina d kalangan anti hadith
dukacita d maklumkan
dulu pn aku camtu gak
masa zaman aku mula2 belajar pasal sunnah
aku terlalu excited nak sebarkan pasal sunnah
akhirnya aku sendiri memburukkan nama salafi
berhujah tanpa ilmu



bila kawan2 da tegur
baru aku nampak kesilapan aku
sejak tu
bila aku xtau nak jawap ape
aku ckp aku xtau
ia lebih baik dari aku jawap semberono dan akhirnya merosakkan nama islam tu sendiri
niat nak mendekatkan orang
tapi akhirnya menjauhkan orang



tuntutlah ilmu agama
bukan utk menjatuhkan orang lain/
bukan utk berdebat sahaja/
tapi untuk sebarkan kebenaran
untuk mendidik
jika kita x mengkaji agama sendiri
kita akan jadi agent perosak pada agama kita sendiri
kita akan hanya menjadi burung nuri yang pandai berkata2
tapi x faham apa yang d katakan




kalo kita boleh menghabiskan bertahun2 belajar untuk dunia pekerjaan yang x pasti
kenapa kita x boleh teruskan belajar agama utk akhirat yang lebih pasti
dengan ilmu kita dapat sebarkan kebenaran
dengan ilmu kita dapat membersihkan tuduhan2 liar pada islam
tanpa ilmu
kita hanya akan merosakkan agama kita sendiri

kritikan orang2 pandai

bismillahirrohmanirrohim





dalam beberapa hari lepas
kawan aku ada share satu gambar
gambar ada sorang tokoh politik solat jenazah d atas kubur
pastu ada caption tulis
"SYIAH"
satu benda terlintas kt kepala aku masa tu
bodoh nye org yg edit gambar tu




aku mula seronok bila masayarakat mula nak jauhkan diri dari syiah
tapi bila dorang kritik tanpa dasar ilmu
jadi la macam kes gambar tu
nabi penah solat jenazah seorang wanita d kuburnya selepas die da d kebumi kn
bila x guna ilmu
nak tembak orang lain
tertembak kaki sendiri
nak kritik syiah
tapi sebenarnya kritik amalan sunnah



satu masa dulu
masa aku zaman keldai lagi
ape pn xtau
aku baca kritikan 'org agama' tentang wahabi
bila aku baca2
aku rasa ape yg d kritik tu bukan benda yg salah pn
die lebih macam bodohkan diri die sendri
benda yg d katakan salah tu xlah salah d sisi agama
dorang cuma x faham je
contoh
dorg ckp
wahabi percaya allah ada tangan
ye
dalam quran n hadith ada sebut yg allah ada tangan
wahabi x bagi tawassul pada orang soleh yg da mati
ye
sebab xde contoh 
masa nabi da wafat sahabat bertawassul dgn ibn abbas yg masa hidup
aku xtau ape jenis kritikan yg dorang buat tu





dalam memberi kritikan kne ada ilmu
aku x kata aku ni pandai sangat
aku pilih jalan selamat
kalo aku xtau pasal satu isu
aku x kan kritik benda tu
aku x bape kenal syiah
jadi aku x bape kritik die
sebab
kita d suruh bawakan kebenaran
bukan bawakan cerita tipu pada orang




bila nk kritik kne jadi profesional la
buang emosi
gunakan aqal
gunakan fakta
jangan asek nak auta je
 kalo xde ilmu pasal satu benda
belajar dulu
kaji dulu
jangan terburu2 nak bg kritikan
kalo salah ia akan membawa pada fitnah
bila kita xtau
ada baiknya kita diam
diam ni sangat banyak kebaikannya

Oct 4, 2013

FACEBOOK yang dahsyat

bismillahirrohmanirrohim



satu masa dulu gambar d simpan dalam album gambar dan d simpan d rumah..ia d lihat utk kenangan dan dilihat oleh orang2 yang rapat sahaja..gambar dengan BF di simpan jauh d bawah bantal utk elak d lihat mak dan keluarga..gambar romantik suami isteri d simpan hanya utk tatapan keluarga..sekarang,semua gambar utk tatapan umum.. bangun tido amek gambar..nak pegi keje amek gambar..nak makan amek gambar..pluk laki amek gambar..semua d kongsikan pada umum..

satu masa dulu,bila ada masalah kita kongsikan pada sahabat rapat,family,diary atau mengadu terus pada allah..bila geng tingkap mengumpat,mereka mengumpat d kalangan tingkap2 yang rapat je..sekarang semua masalah d tulis d FB..laki balik lewat tulis kt FB..isteri masak masin tulis kt FB..x puas hati ngn kawan tulis kt FB..maka jadilah ia mengumpat versi besar-besaran..semua boleh join,semua dapat dosa..

satu masa dulu,bila kita berdoa,kita akan sorok2 dari orang..bila kita nk beribadat kita sembunyikan dari orang..x penah dulu bila nak berdoa kita baca kuat2 bia semua orang dengar..x pnah kita nk puasa kita bg tau pada semua orang..sekarang,bila berdoa,kita tulis d FB bia semua orang nampak doa kita..bila puasa sunat kita bg tau pada semua orang d FB..

satu masa dulu kita sensitif pada orang keliling kita..kita x tunjuk kita makan apa pada orang yg x mampu sebab takot dia rasa terhina atau rasa sedey sebab x mampu nak makan sesedap tu..sekarang,apa yg kita makan kita tunjuk pada semua tanpa memikirkan mereka2 yang terliur sebab x mampu nak makan sesedap tu..hilang sensitiviti kita..

satu masa dulu hidup kita adalah antara kita dan keluarga dan orang yang rapat dengan kita..sekarang hidup kita adalah untuk tatapan umum..semua orang boleh masuk campur..semua orang boleh lihat dan semua orang boleh komen..
sebagaimana kata DR Abu Anas Madani,facebook menelanjangkan manusia zaman ni..semoga kita x tergolong dalam golongan yang telanjang d FACEBOOK dan mana2 media sosial yang lain//

Oct 1, 2013

jangan over boleh x

bismillahirrohmanirrohim





satu masa dulu
aku suka dok borak ngn bos
kami jarang bual2 kosong
selalunya kami bicang pasal teori2 mengarut yg muncul tetiba dlm otak ni
x pn pasal keje
rasenye sepanjang borak ngn die
hal personal yg terkeluar dalam perbualan kitorang juz pasal mamat tu je la
bila semua org tegur die xnk dengar
suh bos tegur je la



bos penah tegur aku masa aku gado ngn JL aku kt MSN
rasanya dalam banyak2 JL sambilan
aku je yg berani lawan die
yg lain sume macam
x baiklah
die da tua
die kn JL kita
macam2 la alasan dorang bg
mula2 aku xde masalah ngn die
tp bila member2 mengadu masalah kt aku pasal die
aku mula rasa masalah dorang tu masalah aku gak
so aku pn mula la mantul ngn die
penah sampai satu masa aku da nk bertumbuk ngn die
masa tu da x peduli da
die bekas komando
komodo ke
yg penting hati aku puas
aku pn x ingat macam mane boleh x jadi bertumbuk masa tu
lemah ingatan aku ni



hal aku nk gado ngn JL aku tu sampai pada bos
dia tanya ape masalah nye
aku cakap la dari A-Z
pastu die bg nasihat simple je kt aku
"batman,kalo benci,jgn benci semua,kalo suka,jangan suka semua"
perangai bos macam tu la
bg nasihat
pastu bia org blur2 pk ape yg die nk sampai kn



aku selalu sebut balik nasihat tu
bia aku ingat n aku dapat amalkan nasihat bos aku tu
bile kita nasihatkan orang
sama macam kita nasihatkan diri kita sendiri
satu cara bos nk betul kn anak2 buah dia
dia suh JL2 die handle teambuilding
bila handle teambuilding kita akan byk membebel pada peserta
kita keluarkan byk nasihat utk dorang
satu perkara yg ramai x perasan
kita akan rasa satu nasihat tu berharga bila kita ulang pada orang lain yg ada masalah cam kita
contoh
bila kita bebel kt mat rempit yg memekak malam2
kita akan sedar yang kita bawak moto malam2 tu menganggu orang tido
contoh
bila ada orang mengadu liat nk solat
kita akan nasihatkan dia dan kita pn akan cuba utk x liat bangun solat
memberi nasihat ni lebih kepada yg memberi dari yang menerima



walaupun aku selalu ulang nasihat bos tu
aku selalu gak terkucil
selalu gak terbenci orang melampau sangat sampai rasa nak kasi hidup die susah selamanya
nasib aku baik sebab aku d lahirkan sebagai orang yg kuat tido
bila marah n rasa nk buat bukan2 pada orang tu
aku selalunya tido
bila bangun selalunye marah tu reda sket
bila marah da reda baru la start berfikir
masa tu la nasihat otai2 keluar balik 




aku penah benci orang melampau sangat
sampai satu masa aku rasa cam bia die mati dalam kesesatan
bia dia mati sebagai orang yg taksub pada tok guru dia
bia die mati ngn dosa syirik dia
susah bila marah pastu pendam ni
masa sekolah dulu kalo marah leh g main hoki
pukul bola kuat2
bila da x sekolah susah
bila marah pendam je
sementara nk tunggu marah tu reda
macam2 benda main kt otak
aku x kata aku ni pandai giler dalam bab agama
aku mengaku yang aku x pandai
aku x kuat ingatan
ni antara sebab aku xleh jadi pendakwah yg movable 
aku kne dekat ngn internet o kitab
tapi ada satu benda yg aku bersyukur sangat
aku d anugerahkan ngn kawan2 yang tinggi ilmu agamanya
byk benda yg aku belajar dari dorang
byk pendapat yang aku jumpa
dari apa yg d kongsi pada aku
aku kongsi kn lak pada kawan2 aku
aku penah bergadoh ngn sorang makcik syiah kt fb dulu
die buat aku popular giler masa tu
tp sampai skang aku x remove die dari friendlist aku
walaupun ramai orang cakap
jgn kawan ngn syiah
dorang bahaya
berhujah dengan dorang x de guna pn
nanti takot kita terpengaruh
n macam2 lagi
aku still wat degil gak
aku percaya hidayah tu dari allah
ia boleh d berikan pada sesiapa yg dia kehendaki
aku harap satu masa nanti die akan terbuka pada manhaj salaf
sebagaimana aku terbuka ngn manhaj ni



berlebihan dalam bermusuhan ni perkara yang x elok
benci perbuatan
jangan benci pembuat
selalu kne bebel pasal hal ni
selalu gak membebel pasal benda ni
tp sampai skang
still terkucil lagi
sakit bila kita d benci sebab perbuatan
x percaya
g la cuba
rasa sendiri
mau menagis beb
bila benda tu menyakitkan orang
ada baik nya kita x buat kt orang



*****
ex gf aku yg paling popular d kalangan my ex'es
da kawen n skang anak 1 da
x sangka
bagus gak die x bg tau die da kawen
takot aku jadi perosak majlis die lak nanti
hehehe