Oct 8, 2013

hadith pertama

bismillahirrohmanirrohim




"setiap amal d mulai dengan niat"
hadith adalah hadith pertama utk byk kitab hadith
antaranya hadith 40 imam nawawi
ramai orang xtau yang hadith ni panjang sebenarnya
ia mengisahkan tentang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita


” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



hadith ni mengajar kita bahawa amalan perlu di niatkan kerana allah taala
untuk mendapat balasan allah taala
untuk mendapat keredhaan allah taala
contoh
jika kita solat untuk dapat pujian manusia
maka pujian manusia sahajalah yang akan kita dapat
dalam riwayat lain ada d sebutkan
mafhumnya
jika beramal kerana manusia,kelak d akhirat tuntutlah pahala dari mereka



jika kita lihat pada zahir hadith
nabi menegur seorang lelaki yang berhijrah kerana seorang wanita
maka apa yang dia dapat adalah wanita tersebut
perkara ni banyak berlaku sekarang
seorang lelaki berubah kerana seorang wanita
kerana ingin mengahwini wanita itu
adalak perempuan yang berubah hanya utk mendapat lelaki yang die suka
maka hijrahnya itu bukan kerana allah
hijrah mereka kerana manusia
kelak tuntutlah ganjaran pada manusia tersebut




dalam dunia percintaan
apabila A menegur kesilapan pasangannya
pasangannya mudah untuk menerima
kerana cinta yang dalam
sama kes dengan sahabat2 nabi
sahabat2 sangat mencintai nabi
jadi apabila nabi tegur atau anjurkan sesuatu
maka sahabat akan mudah ikot
kerana kecintaan yang tinggi kepada nabi



jadi apa bezanya antara 2 situasi ni
beza nya adalah kata2 nabi adalah agama
mengikuti perintah nabi adalah d tuntut
mengikuti gf/bf x d tuntut



bagaimana hendak mengelakkan situasi ni
nukilkan quran atau hadith dalam didikan atau teguran
dari berkata
"sayang pakailah tudung untuk abang"
tukarlah kepada
"tutup aurat itu wajib"
jangan buat pasangan kita berubah kerana kita
tapi biarlah ia berubah sebab teguran kita
jangan berubah hanya kerana mahukan jodoh yang baik
tapi berubah lah hanya kerana allah




satu masa dulu kawan sy penah post status yang panas
sekolah x boleh wajibkan pemakaian tudung d sekolah
personally sy stuju dengan statement tu
jangan ajar budak2 bertudung sebab sekolah suruh
nanti lepas sekolah pasti dia akan tinggal kn tudungnya
tapi bg lah kesedaran tentang aurat padanya
nanti dia akan kekal bertudung
jika kita buat sesuatu kerana seseorang
kerana institusi
sebab kita itu tidak kekal
jika sebab kita tetiba d musnah kan allah
kita da xde sebab utk buat lg perkara tu
beramallah kerana allah
kerana allah lah yang kekal selamanya
sebab yang tidak akan hilang



No comments:

Post a Comment