Sep 29, 2013

mimpi-mimpi pak jabit

bismillahirrohmanirrohim




aku x pasti bila semua ni bermula
tapi yang aku pasti semua ni da terjadi
"taksub pada keturunan nabi"
pada awal nya simptom ni hanya ada pada kaum syiah je
mereka taksub pada ali dan anak2 serta keturunannya
bila kita menolak ajarannya
maka kita di tuduh tidak mencintai keturunan nabi
kita di tuduh tidak menyayangi keturunan nabi
berat tuduhan tu
apabila simptom ni merebak kepada golongan sufism
hujah yg sama yg mereka gunakan bila kita menolak ajaran mereka
kamu semua tidak menyayangi keturunan nabi
kamu tidak cinta kan mereka
kamu menolak keturunan nabi



keturunan bukanlah penjamin kebenaran
kita amek contoh mudah
seorang PM hebat mentadbir negara
tapi itu bukan jaminan anak nya hebat seperti bapanya
kita x boleh assume si anak mempunyai kepimpinan yg hebat seperti bapanya
kepimpinan perlu d buktikan
bukan maen rasa2 je
begitu juga halnya dengan keturunan nabi
tiada sebarang jaminan yang keturunan nabi akan selamat dari kesesatan
sebagaimana perintah nabi
ahli sunnah perlu menyayangi dan menjaga ahl bait
tapi x d nyatakan yang ahlu bait ini perlu d jadikan rujukan dalam beragama
keilmuan tidak boleh d warisi
ia perlu d pelajari



bila golongan sufism mula meletakkan keturunan nabi sebagai icon mereka
mereka mula menyebarkan dakwah sebagaimana syiah menyebarkan agama mereka
di sini sy jelas kn dahulu
saya tiada masalah dengan golongan sufi
kesufian perlu dalam membersihkan rohani
tapi ia perlu sejajar dengan quran dan hadith
ia tidak boleh asal baik je semua nya boleh
ia perlu ada rujukan dan sumber yang sahih
jadi bagaimana syiah menyebarkan dakwahnya
mereka mula membawa cerita2 tentang kecintaan pada nabi
kemudian mereka masukkan jarum2 mencintai keturunan nabi pula
pada awal nya ia baik
kita sememangnya perlu menyayangi keturunan nabi
tapi apabila mereka mula mengaggungkan keturunan nabi secara melampau
seolah2 jika ulamak itu bukan keturunan nabi
maka ia belum cukup power lagi
ini da masuk stage yang merosakkan
apabila mereka mula taksub pada ketokohan sebagaimana syiah
maka pintu kesesatan da terbuka
apabila kita tegur
"beb nabi x buat ni,ni bidaah"
dengan selamber badak mereka menjawap
"habib XXXX ni keturunan nabi la,dia ajar semua ni dari nabi"
ketokohan d jadikan hujah
benda ni sangat merosakkan
taksub pada tokoh ni bukan pada sufi je
ia akan meroskkan sistem keilmuan mana2 jenis pecahan
x kesahlah salafi ke
zohiri ke
auza'e ke
semua akan rosak bila adanya gejala taksub ni



satu lagi metod dakwah golongan syiah yang d warisi adalah
berhujah dengan mimpi
dulu biasa dengar yg dorang mimpi jumpe tok sheikh dorang
x pn jumpe wali
bila dtg geng2 ahl bait ni
mereka mula menceritakan mimpi2 bertemu nabi
sy x menafikan mimpi2 mereka
sangat bertuah mereka sebab dapat bertemu nabi d dalam mimpi
benar ada hadith yg menyebutkan
Dari Abu Hurairoh radhiallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي حقاً، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ بِي
"Barang siapa yang melihatku di mimpi maka ia sungguh telah melihatku, karena syaitan tidak bisa meniruku"
(HR Al-Bukhari no 110 dan Muslim no 2266)
hadith ni sahih
tiada siapa yang menolaknya
tapi harus d ingat bahawa 
syaitan tidak boleh menjelmakan diri sebagai nabi
tapi syaitan boleh mengaku menjadi nabi tanpa menyerupai nabi
Riwayat ini juga telah diriwayatkan dengan sanad bersambung oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar :
كَانَ مُحَمَّدُ بْنُ سِيْرِيْن إِذَا قَصَّ عَلَيْهِ رَجُلٌ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم قَالَ : صِفْ لِي الَّذِي رَأَيْتَهُ، فَإِنْ وَصَفَ لَهُ صِفَةً لاَ يَعْرِفُهَا قَالَ : لَمْ تَرَهُ
Adalah Muhammad bin Sirin jika ada seseorang menceritakan bahwa ia melihat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam (dalam mimpi), maka Ibnu Sirin berkata, "Sebutkanlah ciri-ciri orang yang kau lihat dalam mimpimu". Jika ternyata ia menyebutkan sifat-sifat (ciri-ciri) yang tidak diketahui oleh Ibnu Sirin maka Ibnu Sirin berkata, "Engkau tidak melihat Nabi" (Fathul Baari 12/384, dan Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih")




perlu dingatkan juga yang mimpi itu tidak boleh d jadikan hujah
kita x boleh berzikir dengan satu zikir yang pelik dengan alasan
"malam tadi nabi dtg kt mimpi aku n ajarkan aku satu zikir"
islam telah sempurna
jadi x mungkin nabi dtg mengajarkan satu zikir baru kepada kita
kita seolah2 mengatakan yang ajaran nabi x lengkap lagi
beliau perlu dtg dalam mimpi utk mengajarkan kepada kita satu zikir baru
nampak x bagaimana permainan syaitan
syaitan mahu kita mengkufuri quran



mimpi juga tidak mampu meramalkan sesuatu
ada seorang tokoh ni mengatakan nabi meramalkan sesuatu kepada nya
apabila masa itu sampai ramalan itu tidak menjadi
kemudian tokoh itu bermimpi dan menundakan ramalan itu
sesuatu yang d tetapkan tidak boleh d awalkan atau d lewatkan
dalam hal ni
siapa yang kita mahu katakan sebagai pendusta
tokoh itu atau nabi
soalan ini perlu d jawap oleh pengikut2 tokoh itu
adakah nabi mampu mengubah qada' n qadar
adakah tokoh itu mampu mengubah qada' n qadar
sudah tentu tidak
qada' n qadar adalah ketentuan allah
jika beliau mengatakan dia boleh mengubah takdir
maka tiada bezalah dia dan imam2 syiah
d katakan imam2 syiah ni mampu menundakan ajal atau pape lg ketentuan allah
imam syiah mampu membawa doa kepada allah




sy pernah berhujah dengan seorang hamba allah mengenai status suatu hadith
x ingat da ape hadith tu
sy bukanlah ahl dalam bidang hadith
jd sy rujuklah pada otai2 hadith yg sy kenal
mereka kata
hadith berkenaan x d temui dalam mana2 kitab hadith
d khuatiri ia hadith yg palsu
tetiba dtg seorang hamba allah ni
dia kata hadith tu sahih
sy tanya la apa buktinya
dalam kitab mana ia d rekod kn
bila dpt rujukan dpt lah bg pada kawan2
so dorg boleh double cek pasal hadith tu
pastu hamba allah ni cakap tok guru die cakap sahih
sy tanya lg
tok guru tuan dapat tau dari mana
pastu die ceritalah tok guru dia ni talaqqi ngn ramai orang
belajar hadith da banyak taun da
sy macam
ye2
tok guru tuan hebat
sy nk tau dalam kitab mane die jumpe hadith tu
last2 die kata
die mimpi nabi cakap kt dia yg hadith tu sahih
macam nk menangis je dengar
ulamak hadith berabes byk harta merantau nk cari n kumpulkan hadith2
tetibe sorang mamat ni mimpi je dpt tau sahih ke x
sistem ilmu islam bukan macam tu sheikh
ia perlu d kaji dan d buktikan



sama kes macam surat berantai yg popular dlu
dia mimpi nabi gak
dia kata kalo x sebarkan nanti d timpa musibah
rezeki kurang n etc
pelik kadang2
mula2 dulu semua orang percaya
lepas d jelaskan semua orang faham n mula menolak lak
pastu datang golongan yg bila berhujah sket2 pakai dalil mimpi nabi
yang da x percaya pada surat tu boleh percaya lak kt golongan ni
sifir nya sama je
mimpi x boleh d jadikan hujah
segala ramalan dalam mimpi cukup lah utk tuan pnye mimpi tu
bila d sebarkan
d khuatiri x jadi
bila da x jadi
x semua orang kuat utk mengaku silap
lagi2 bila pengikut da ramai


mimpi hanya utk diri kita
ia tidak boleh d jadikan syariat
juga x boleh d jadi kan ibadat
ia tidak boleh d gunakan utk meramal
ia juga tidak wajar d sebarkan kepada umum
cukuplah bercerita pada yg dekat
supaya beban d hati dpt d kurangkan



*****
my sis balik kg dgn tangan yang berbalut baru lepas operation
tangan anak bujang dia bersimen sebab retak
aduhai
sekang umah meriah dengan kanak2
yg retak tangan macam xde pe je
alhamdulillah



No comments:

Post a Comment